Disind1r bekas isteri? Fizo Omar beri nasihat jaga keluarga masing-masing

Usahawan dan pelakon, Fizo Omar mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu mengenai sindir4n yang dilakukan oleh bekas isterinya, Mawar Karim yang sebelum ini seakan memberi bayangan banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri pada suatu ketika dahulu.

Menurut laporan mStar, pelakon yang berusia 38 tahun itu berpendapat dia dan Mawar sudah mempunyai keluarga masing-masing dan tidak perlu mengungkit kisah lama yang sudah terjadi.

“Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri,” katanya.

Terdahulu, Fizo Omar menjadi perhatian ramai apabila dia menegaskan difitnah juga merupakan salah satu rezeki yang perlu disyukuri memandangkan ia akan memberi ujian bagi menguatkan diri sendiri.

“Rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki.rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu juga, Fizo turut meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan berharap ketenangan diberikan kepada orang ramai.

Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah membina mahligai pada November 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2019 dan kemudiannya Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari bernama Fazeera pada Oktober 2021.

Sumber: mStar (Farol Hadi)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *