Banyak kacukan! Sophia AlBarakbah ‘beauty with brain’, siap ada kelulusan bioteknologi

Sebelum ini, nama Sophia AlBarakbah mungkin kurang dikenali. Namun selepas terbabit kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz, aktres sensasi itu popular mendadak sehingga menjadi bualan netizen setiap hari.

Pada masa sama, ramai juga tertanya-tanya mengenai latar belakang pelakon berusia 30 tahun itu. Memetik laporan Kosmo! Online, Sophia mempunyai banyak kacukan dengan pelbagai bangsa dan budaya yang berbeza-beza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Beauty with brain!

“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. “Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan,” katanya ketika ditemu bual tidak lama dahulu.

Lebih menarik perhatian apabila seiring dengan kecantikannya, dia turut mempunyai kelulusan pendidikan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.
“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut. Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam makmal,” ujarnya.

Sukakan haiwan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu kemudian mengambil jurusan dalam bidang dietetik meskipun bercita-cita untuk menjadi veterinar kerana dirinya adalah seorang pencinta haiwan.

“Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.
“Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok dar4h lah, orang m4ti lah.
“Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” kongsinya lagi.

Sumber: Instagram Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa), Instagram Sophia AlBarakbah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *