Nama usahawan wanita, Watie Hanifiah sering menjadi tumpuan terutama dalam kalangan pengikut di laman Instagram apabila dikaitkan dengan pelawak, Shuib Sepahtu.
Hubungan rapat mereka berdua bukan lagi rahsia apabila Shuib sendiri bersikap terbuka dan mengakui sedang merancang untuk ke fasa lebih serius selepas mengambil kira faktor anak bongsunya yang semakin membesar.
Berat naik sepuluh kilogram
Terbaharu, Watie mendedahkan berat badannya kini sudah bertambah sepuluh kilogram seperti mana dikongsikan di laman Instagram, hari ini.
“Dari 58 kilogram ke 68 kilogram,”tulisnya.
View this post on Instagram
Salah siapa?
Dalam pada itu, Watie juga sempat berseloroh dan bertanya siapakah yang harus dipersalahkan apabila berat badannya kini naik sepuluh kilogram.
“Nak salahkan siapa sebenarnya ni?”soalnya berserta emoji.
View this post on Instagram
Salah Shuib!
Meninjau di ruangan komen, ramai di kalangan pengikut turut berseloroh dan mengusik berat badan Watie naik berkemunhkinan sedang bahagia dengan si dia iaitu pelawak, Shuib.
Terdahulu, Shuib mendedahkan dia tertarik dengan sikap penyayang Watie apatah lagi menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) serta turut mempunyai ciri-ciri seperti arwah Sarah.
Dan, ibu Shuib sendiri memberi restu buat mereka berdua untuk melangsungkan perkahwinan.
Sumber: Instagram @iamwatie
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.