Mekapkan ibu & bawa jalan2, ramai doakan Fikry Ibrahim masuk syurga

Pelakon, Fikry Ibrahim hari ini telah berkongsi video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi dan mendapat pelbagai respon positif daripada warganet.

Sebelum ini, Fikry pernah memaklumkan yang dirinya menjaga ibu tersayang memandangkan warga emas itu sudah tidak berapa berdaya untuk berjalan.

Bawa ibu jalan2

Jadi, dia membawa ibunya, Bibi Zaleha, 74, yang diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu makan angin ke Langkawi dan dia memuat naik momen tersebut di media sosial.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan Fikry yang tidak kekok menguruskan ibunya serta mendandan wanita itu sebelum keluar bersiar-siar di sekitar pulau berkenaan.

Yang penting mak tetap lawa

Video hero drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu memakaikan lipstick dan bedak ke bibir serta wajah ibunya yang sedang berbaring begitu menyetuh hati ramai.

Dia juga menolak kerusi roda ibunya untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki kereta kabel di Langkawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Sejuk perut ibu mengandung

Menjengah ke perkongsian yang dibuat pelakon kelahiran Kedah itu, ramai yang memuji tindakannya yang sangat menyantuni ibu tersayang.

Rata-rata mereka berasa tersentuh dan mendoakan agar Fikry mendapat syurga di akhirat kelak kerana berbakti kepada orang tua serta berusaha menggembirakan ibu tersayang.

Semoga terus masuk syurga nanti

Tersentuh tau tengok macam ni

Pandai makeup mak nohh!

Semoga urusan kehidupan dipermudahkan bro!

Sumber: Twitter @fikryibrahim

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *