Sejak belakangan ini, pelakon dan pelawak popular Zizan Razak dilihat sering memuat naik foto bersama pengacara, Hawa Rizwana di laman Instagram oleh kerana mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
Difahamkan, drama itu adalah lakonan pertama Hawa sekali gus dapat meneroka bidang tersebut selepas meraih pengalaman sebagai pengacara dan bekas penyampai berita.
View this post on Instagram
Disebabkan banyak foto bersama, ramai dalam kalangan peminat mengatakan kedua-duanya kelihatan sepadan bagi menjalin hubungan cinta sebagai pasangan kekasih.
Menerusi posting terbaharu di hadapan sebuah surau, Zizan bertanya kepada pengikut apakah persamaan antara dia dan Hawa dalam gambar tersebut.
Pelbagai komen ditinggalkan netizen, termasuk mendoakan supaya pasangan itu bertemu jodoh memandangkan masing-masing masih belum berpunya.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, segelintir individu mengungkit semula kegagalan pelakon filem Polis EVO itu dalam menjalani hubungan cinta beberapa artis wanita yang pernah dikaitkan sebelum ini.
Bukan mengec4m, sebaliknya meluahkan rasa simp4ti terhadap Zizan kerana kerap ‘dibahan’ orang ramai berhubung perihal jodoh yang belum kunjung tiba.
View this post on Instagram
Harap tak kecew4 lagi
Jangan jaga jodoh orang lagi
Kalau ada jodoh, cepat kahwin
Zizan tempat ‘persinggahan’?
Namun begitu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak sudah menjelaskan kekeliruan yang timbul dimana tujuan berkongsi gambar ‘sweet’ itu adalah untuk menguar-uarkan drama mereka yang bakal muncul tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Zizan Razak
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.