Asyik ‘post’ tunang ramai kata melu4t, saya tak ‘post’ tanya pula -Zarina Anjoulie

Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie kini sedang diulik bahagia apabila baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Elzey atau biasa disapa Abot.

Majlis sarung cincin yang berlangsung ringkas pada hujung bulan lalu telah menarik perhatian ramai memandangkan pasangan tersebut kerap berkongsi video kebersamaan sewaktu membuat persiapan untuk bertunang.

Jarang posting momen bersama macam dulu

Namun, sejak sah bergelar tunangan, mereka dilihat kurang memuat naik posting bersama dan perkongsian ketika majlis tempoh hari juga tiada di Instagram sehingga membuatkan banyak pihak terutamanya peminat tertanya-tanya.

Menerusi posting terbaru Anju di Instagram, dia telah berkongsi gambar berdua dengan Datuk Seri Khazrul Elzey dengan meninggalkan kapsyen berseloroh kepada peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Ramai tanya asal Anju tak post pasal tunang…mana dia…ada je, ye la dulu Anju asyik post ramai complaint kata meluat. Bila tak post tanya pulak. Nah saya belanja 1,” tulisnya.

Ingat dah kahwin

Perkongsian yang dibuat Anju telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Walaupun ada yang musykil sama ada mereka sudah berkahwin atau belum kerana terlihat begitu mesra, namun kebanyakkan daripada peminatnya tetap mendoakan yang terbaik buat Anju serta pasangan.

Mereka juga memuji penampilan pelakon filem Hantu Kuat Ketawa yang semakin cantik dan berseri-seri apabila lebih kurus berbanding sebelum ini.

Boleh ke sentuh2 peh4 bukan muhrim?

Tapi Anju nampak cantik sangat

Semoga berkekalan hingga ke Jannah

Mereka ni nampak sesuai sangat

Janji Anju happy

Apa-apa pun, semoga Anju dan tunangnya terus bahagia mengikut cara mereka sendiri. Tak sabar nak tengok mereka naik pelamin!

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *