Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sememangnya menjadi perhatian di media sosial. Apa saja dikongsikan pasti akan diperkatakan ramai.
Belum lagi reda dengan isu Fatin beratur mengambil makanan sendiri, kali ini hangat diperkatakan pula apabila aktres itu keluar mengisi minyak menjadi bualan.
@yoursbabe_11 Eh bukan dngn laki ke? #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia ♬ original sound – Yours_
Menerusi satu video dimuat naik oleh seorang pengguan di TikTok, kelihatan Fatin keluar daripada kereta McLaren berwarna hijau dan meminta pekerja yang bertugas di pam berkenaan untuk mengisikan minyak.
Bagaimanapun, diruangan komen ramai yang seolah kurang senang melihat Fatin yang keluar kereta serta ada yang membandingkan selama mereka kahwin suami yang akan turun.
Ada yang berpendapat sepatutnya lelaki atau suami yang sepatutnya keluar dari kereta. Namun, ada segelintir wanita tiada salahnya jika isteri yang turun dan ada juga yang berbuat demikian.
Sumber : Ohbulan