Sharnaaz Ahmad gesa artis kac4u rumah tangga orang disekat keluar TV

Pendedahan yang dibuat oleh selebriti, Bella Astillah berkenaan ada seorang heroin drama yang mengaku ‘tersuka’ suaminya, Aliff Aziz sememangnya mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga peminat.

Rata-rata berasa geram kerana heroin drama berkenaan terang-terangan mengaku menyukai Aliff sedangkan tahu dia adalah suami orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Budiey Channel (@budiey)

Susahlah kalau jenis kac4u rumah tangga orang

Selain daripada aktres terkenal, Nabila Huda yang menyelar tindakan kurang sopan heroin berkenaan, aktor hebat, Sharnaaz Ahmad turut berpendapat perkara yang sama.

Menerusi Insta Story yang dikongsi, Sharnaaz meluahkan kegusaran jika pelakon seperti heroin drama tersebut ‘berperangai’ sebegitu di setiap projek drama lakonannya kerana boleh ‘menganc4m’ rumah tangga pelakon lain.

Sekat berlakon & keluar TV

Tegas Sharnaaz lagi, sepatutnya individu seperti itu perlu disekat dari berlakon atau keluar di TV kerana dengan sengaja mencuba mengganggu rumah tangga orang lain.

Sikap tidak profesional tersebut bukan hanya perlu dielakkan bahkan boleh mencetuskan masalah lain di kemudian hari.

Lelaki perempuan, dua2 sama sahaja

Kenyataan yang dikongsi pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak hanya merujuk kepada golongan perempuan sahaja, tetapi juga buat lelaki.

Hal ini susulan daripada entri melibatkan Nabila Huda yang geram dengan heroin drama dimaksudkan oleh pelakon, Bella Astillah apabila suaminya cuba ‘dis0ndol’ oleh seorang heroin drama.

Bella Astillah juga akui berasa sedikit bimbang kejadian lama berulang semula namun diyakini Aliff apabila kerap mengajaknya untuk menemani ke set pengambaran setiap kali dia berkelapangan.

Sumber: Instagram Sharnaaz AhmadBudiey

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *