Jarak tak sampai setahun, netizen tegur isteri Fizo Omar hamil anak kedua

Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri kini sedang hamil anak kedua walaupun baru sahaja melahirkan zuriat pertama mereka pada tujuh bulan lalu.

Menerusi Instagram Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, dia telah memberikan khabar gembira apabila anak mereka, Wan Khaleeda bakal menjadi ‘kakak’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Faham nak anak ramai tapi kesianlah kesihatan isteri…

Pun begitu, ada juga warganet meluahkan rasa bimbang dengan kesihataan isteri Fizo Omar yang baru sahaja melahirkan anak tidak sampai setahun lagi.

Menerusi ciapan dimuat naik oleh pengguna Twitter, dia berpendapat seorang suami perlulah mempertimbangkan soal kesihatan ibu meskipun mereka mengimpikan anak yang ramai.

“Saya faham ada sesetengah lelekai mahu anak ramai tetapi anda perlu fikir akan kesihatan ibu bayi,”ujarnya.

Nak ramai anak, pergilah kahwin banyak

Katanya lagi, sekiranya seorang suami mahu anak ramai, adalah lebih baik sekiranya berkahwin lebih seorang tanpa memberi tekanan buat isteri untuk hamil dalam ‘jarak’ dekat.

“Itulah nak banyak anak pergilah kahwin banyak, senang. Dapat empat anak setiap 9 bulan, pastu tak tau apa lelaki dapat dengan anak ramai,”ciapnya.

Betul tu, kesianlah…

Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka turut bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Mereka menasihati kepada suami di luar sana untuk menjaga jarak dengan memastikan isteri tidak hamil lagi sekurang-kurangnya dua tahun.

Bini dia, orang lain pula yang panas…

Sementara itu, ada juga netizen membidas semula ciapan berkenaan dengan mengatakan ia adalah soal rumah tangga orang lain. Sebagai orang luar, adalah tidak wajar untuk masuk campur kerana bukan kita yang lalui sendiri.

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan pernikahan pada Oktober 2021. Mereka telah dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda yang belum pun berusia setahun.

Pelakon tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Mawar Karim sebelum berpisah pada 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Wan Maryam.

Sumber: Twitter @AbudiAlsagoff

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *