Fesyen Dibandingkan, Netizen Dakwa Ira Kazar Cuba Tiru Puteri Sarah?

Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah hangat diperkatakan apabila suaminya, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sekaligus mengejutkan ramai termasuk keluarganya.

Susulan pendedahan tersebut, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Syamsul yang berkahwin lain, malah ibu kepada pengarah tersebut juga tidak merestui perkahwinan berkenaan.

Terbaru, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok yang mendakwa Ira Kazar menjadikan gaya Puteri Sarah sebagai inspirasi untuk berfesyen.

@binafshasweet880609 Membalas kepada @hanani_nor #madu #binafshacontent #fypシ #puterisarahliyana #irakaza #binafshasweet #fyp #foryourpage90s #artismalaysia ♬ Santai – Faizal Tahir

Menerusi video itu, individu tersebut membandingkan pemakaian Ira Kazar yang seakan-akan sama dengan Puteri Sarah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengatakan Ira tidak akan dapat menandingi isteri pertama Syamsul itu.

Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen pedas mendakwa Ira akan selamanya kalah meskipun dia menang di mata Syamsul. Bagaimanapun, ada netizen yang berharap agar kedua-dua isteri pengarah terkenal itu dapat berbaik suatu hari nanti.

Sumber : Beautifulnara

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *