Uniform Guru & Murid Lencun, Jeti Tiba2 Runtuh Ketika Mahu Ke Sekolah

Sejak pagi tadi, tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkan jeti runtuh sehingga pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.

Merujuk kepada perkongsian dari beberapa individu di laman Twitter, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.

Guru & orang dewasa terjun selamatkan murid2

Menerusi video-video yang dikongsikan juga, dapat dilihat yang orang dewasa termasuklah guru-guru terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta perkakas belajar mereka.

KPM sudah dimaklumkan

Beberapa pengendali bot yang berada di kawasan tersebut juga turut bertungkus lumus memberikan bantuan bagi menyelamatkan semua m4ngsa yang terlibat.

Menerusi perkongsian dari My Semporna, setakat ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku.

Menerusi posting yang dibuat salah seorang penjaga kepada murid yang terlibat, guru-guru dan pelajar yang tahu berenang telah membantu mangsa yang lain dan difahamkan semua dalam keadaan selamat.

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan lebih lanjut berhubung insiden tersebut dan diharapkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Twitter jonjonahanadnrahman, Facebook My SempornaMei Mey Hamid

About admin

Check Also

Wanita Meng4du Terima Tegvran Lelaki Gat4l Ketika Di Bazar Tapi Netizen Pula Sal4hkan Tudung Singk4t

Bulan puasa ni kita bukan hanya perlu menah4n lapar dan dahaga tapi ada banyak perkara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *