Famili Duo belum tamat lagi, Sissy Imann dah dapat ‘job’ berlakon

Belum selesai bersaing dalam program realiti Famili Duo, penyanyi Sissy Imann sudah mendapat tawaran lakonan bagi menjayakan sebuah drama muzikal.

Menurut laporan Utusan Online, penyanyi berusia 28 tahun itu bagaimanapun berharap dia yang bergandingan sepupunya Naim Daniel dapat melayakkan diri ke pentas akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

“Kalau ada rezeki semoga dapat ke peringkat akhir pada minggu kelapan nanti. Selepas Famili Duo, Sissy akan masuk set berlakon kerana sudah mendapat tawaran dalam sebuah drama muzikal,” katanya.

Ditanya soal jodoh dan perkahwinan, Sissy mengakui dia belum memikirkan mengenai perkara tersebut kerana sibuk memberi fokus terhadap bidang nyanyian dan lakonan.

Namun, penyanyi lagu Bebas itu mengimpikan bakal suami yang tidak terbabit dengan industri hiburan selain direstui oleh ibu bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

“Sebenarnya kita pun tidak tahu bila jodoh akan tiba tetapi bila sudah pakai baju pengantin secara tidak langsung ia akan menarik aura pengantin itu sendiri.
“Kalau ikutkan Sissy lebih gemar (jodoh) yang tiada kena mengena dengan industri. Siapa pun calonnya mestilah mendapat restu ibu dan ayah terlebih dahulu.
“Sissy pun sangat rapat dengan ayah jadi kalau mereka setuju baru Sissy akan ikut,” ujarnya.

Sissy mengulas tentang perkara berkenaan ketika ditemui pada sebuah majlis pelancaran koleksi pakaian pengantin di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Sumber: Utusan Online (Hasif Idris), Instagram Sissy Imann

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Selepas video tular, Alif Satar akhirnya jumpa ‘kembar’ versi perempuan

Artis versatil, Alif Satar akhirnya bertemu dengan gadis bertudung yang dikatakan memiliki wajah seirasnya selepas remaja tersebut tular di media …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *