Bekas isteri kepada pelawak, Chot XOXO iaitu Siti Zafirul Azzah mendedahkan lelaki tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Zurina Badron baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram, Azzah atau mesra dipanggil sebagai Jaja seolah-olah mendakwa rumah tangga mereka musn4h disebabkan orang ketiga.
Tahniah Hazmeer & Zurina
View this post on Instagram
Perkahwinan atas penderit4an orang lain?
“Tiada tanda tanya lagi, persoalan dah terjawab. Dulu bahagia, sekarang tak. Beribu-ribu tahniah HAZMEER & ZURINA BADRON.
“Semoga bahagia di atas air mata orang lain… Perasaan anak langsung tak hiraukan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, dia turut memberi pesanan kepada Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan supaya tidak mengabaikan nafkah buat anak tunggal mereka, Ahmad Sher Hayyaz.
“Ada anak instant jangan lupa jenguk anak bin sendiri.. lepas ni nafkah anak jangan lupa pulak,” pesannya.
View this post on Instagram
Malah, Azzah turut memuat naik sebuah video memaparkan kisah perjalanan dari mula mengenali bekas peserta Maharaja Lawak Mega itu sehingga mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Awal perkenalan
Berpis4h sebab orang ketiga?
Orang ketiga rampas kebahagiaan
Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, pelawak berusia 33 tahun itu memaklumkan dia memerlukan sedikit masa untuk menjelaskan tentang kontroversi membabitkan perkahwinannya dengan Zurina yang juga kakak kepada seorang penyanyi.
“Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu,” jelasnya.
Sumber: Instagram Siti Zafirul Azzah, Harian Metro
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.