Tak Sanggup Tengok Isteri Tanggung S4kit, Aliff Syukri Batal Hasrat Nak 10 Anak

Bakal menimang cahaya mata keenam tidak lama lagi, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri berkata dia pernah mempunyai impian untuk memiliki 10 orang anak.

Memetik mStar Online, Aliff bagaimanapun tidak sanggup melihat keperitan dilalui isterinya, Datin Seri Nur Shahida sepanjang tempoh kehamilan serta mengatakan anak keenam itu mungkin cahaya mata terakhir.

“Saya tak sanggup lihat isteri saya s4kit… rancang nak ada 10 orang anak tapi mungkin ini adalah anak terakhir. Sebab kalau dia mengalami masalah uri ke bawah… nak berjalan 10 langkah pun tak boleh.

“Jadi isteri saya dalam keadaan lemah dah nak dekat dua bulan kat mana-mana kena pakai kerusi roda,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia juga sudah fobia untuk mengambil anak angkat selepas berdepan beberapa isu sebelum ini sehingga ada yang mahu mengambil semula anak mereka.

“Saya dah fobia ambil anak angkat sebab kebanyakkan bila anak angkat dah popular keluarga mereka nak ambil balik.

“Selepas itu ada yang ugvt-ugvt nak duitlah jadi saya fikir lebih baik saya suruh isteri saya sahaja yang beranak,” katanya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

41 m4ngsa pelabur Lavida Coin tuntut RM59 juta daripada Vida sebab gagal tunai janji!

Hari ini, seramai 41 pelabur mata wang kripto yang dimiliki oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Lavida …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *