Umum sedia maklum mengenai isu perg4duhan yang melibatkan dua orang isteri bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.
Malah, salah seorang anak Zainal Abidin iaitu Zaifiq Zainal telah memuat naik sebuah gambar mesra bersama ibu dan adik-beradik yang lain tanpa kehadiran ayahnya yang seakan memberi bayangan memberi sokongan penuh terhadap insan tersayangnya itu susulan isu yang sedang hangat berlaku pada ketika ini.
Namun begitu, muncul pula satu lagi kontr0versi yang melibatkan krisis rumah tangga salah seorang anak lelaki Zainal Abidin sehingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Sofia yang dipercayai isteri kepada anak Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza Zainal Abidin, dia telah meluahkan masalah yang dihadapinya ketika mendirikan rumah tangga.
Such a great and good in laws i have. The best. But you, the father of my children, You musnahkan harta benda i, you provoke i, you aibkan i( u buat account aibkan i), you mungkir janji.. Kalau u bagi kerjasama, i takkan begini.. I berdiam diri, you push i. U ancam keselamatan i. U ajar anak2 untuk memaki hamun i. Memanggil i dgn nama panggilan yang keji dan jijik. Sakit sungguh hati ini.
“Keluarga mentua yang terbaik pernah saya dapat, tapi awak? Ayah kepada anak-anak saya, awak musnahkan harta benda saya, awak prov0k saya. Awak aibkan saya, ( awak buat akaun aibkan saya), awak mungkir janji. Kalau awak bagi kerjasama, saya tak akan begini.
Saya berdiam diri, awak paksa saya. Awak anc4m keselamatan saya. Awak ajar anak-anak untuk mem4ki h4mun saya. Memanggil saya dengan nama panggilan yang kej1 dan jij1k. S4kit sungguh hati ini,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Netizen terkejut, anak Zainal Abidin pun alami masalah?
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan luahan yang diberikan oleh Sofia dan mendapat tahu bahawa anak Zainal Abidin turut mengalami krisis rumah tangga.
Semoga urusan awak dipermudahkan
Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar urusan keluarga tersebut dipermudahkan selalu dan berharap segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sumber: TikTok @sofiasmeth
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.