Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan memaklumkan dia tidak bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan susulan isu perg4duhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo, bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C yang berusia 62 tahun itu mendedahkan jadualnya pada ketika ini sangat sibvk dan meminta media untuk menghubunginya pada hari kemudian.
“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku). Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila isteri-isteri kepada bekas jurulatih bola sepak berg4duh di sebuah restoran terletak di Shah Alam, Selangor kerana salah faham.
Namun begitu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata punca sebenar perg4duhan itu berlaku kerana isteri pertama ber4ng dis1ndir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.
View this post on Instagram
“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen,”katanya.
Bukan itu sahaja, kedua-dua wanita berkenaan turut menarik rambut sesama mereka dan pertengkaran yang berlaku di dalam restoran juga dibawa sehingga ke bahagian luar.
“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran. Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian,” ujarnya lagi.
Sumber: Kosmo (Mohd. Haikal Isa)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.