Nampaknya dugaan yang dihadapi wanita bernama Cik Pia masih belum habis. Sebelum ini dia pernah dedahkan suaminya enggan datang mengazankan bayi mereka yang baru lahir. Sewaktu itu, hanya keluarganya sahaja setia menemani dan bantu menguruskan segala proses selepas bersalin.
Anak lahir tanpa diazankan, tanpa kasih sayang bapa, sekarang tanpa nama bapa
Tidak cukup difitn4h dan aibnya dijaja oleh suami, Cik Pia berkongsi sebuah lagi berita sedih iaitu mengenai kesukaran pendaftaran MyKid bayinya, Arumi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kini dia sedang buntu kerana lelaki terbabit dikatakan enggan memberi kerjasama. Menurut sumber yang dirujuk, katanya si ayah atau kad pengenalan asli miliknya perlu dibawa ke sana untuk pendaftaran sah.
@norsufiajohari sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Apa Sebenarnya – ◦•●◉✿??????✿◉●•◦
Takvt besar nanti dia tanya kenapa nama abang ada bin
Jika gag4l berbuat demikian, pendaftaran akan jadi semakin sukar termasuklah kebarangkalian Baby Arumi terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah atau 99 nama Allah. Hati ibu mana tidak gundah mengenangkan anak yang lahir secara sah ini mungkin akan bertanya satu hari nanti mengapa namanya berbinkan nama lain.
@norsufiajohari Alhamdulillah kami baik2 saje..terima kasih tanpa henti mendoakan kami..hanya Allah yg mampu membalas kebaikan korg semua.#hello2023 #fyp #tiktoker #fypp #tiktok #fypage #fypシ゚viral #fypシ #trending #baby2023 ♬ Buah Hati – Armada
Benc1 macam mana pun, settle la benda yang kita dah buat
Menerusi ruangan komen, ramai netizen tumpang sedih mengikuti luahan itu. Namun mereka terus mendoakan agar urusan Cik Pia dipermudahkan nanti.
Sebenci mana pun kepada pasangan saat sudah tidak bersama, netizen tegaskan segala urusan penting atau rasmi sebegini haruslah diselesaikan secara baik. Apalagi ia melibatkan masa depan anak.
Siapa sangka, rupanya ada para isteri yang pernah alami benda sama. Lebih menguji ketabahan, anak yang melalui situasi itu adalah berjantina perempuan.
Kredit : TikTok Cik Pia