“Kenapa Manusia Ini Z4lim? Musn4h Impian Seorang Ayah Nak Tengok Anak Dia Berjaya” – Bapa Sissy Iman

Bapa kepada penyanyi Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaffa mengakui hatinya hiba apabila anaknya itu membatalkan majlis pelancaran album sulung sepatutnya pada 2 Februari depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, bapa Sissy berkata sebelum insiden kekecew4an di Famili Duo, anaknya teruja untuk melancarkan album sulungnya namun dirakamkan di The Abbey Studio, London itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Mohammad Kamil (@alifflayla)

“Sissy sangat teruja. Tak sabar untuk album tersebut dilancarkan pada 2/2/23. Dah rancang macam-macam dan dah book date bersama wartawan2 tapi……

“Runtun hati ini bila pagi ni bila aku terbaca dia buat keputusan seperti yang dia post di ig.  Kenapa ada manusia dunia ni, z4lim ek? Impaknya amat besar sehingga bakal memusn4hkan impian seorang ayah yang nak tengok anak dia berjaya. Bertahun aku tunggu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kamil turut meluahkan rasa syukur kerana masih mereka diluar sana memberikan sokongan tidak berbelah bagi buat anaknya itu.

“Namun demikian Alhamdulillah dalam kezaliman, ada juga insan-insan yang berhati mulia yang masih memberi dia sokongan untuk dia terus bersemangat. 

“Kasih sayang tanpa syarat. Berlinang juga air mata aku tanpa sedar membaca komen-komen dan doa yang baik-baik buat dia tanda sokongan. Masya Allah…” tulisnya.

Isnin lalu, Sissy membatalkan pelancaran album sulung yang dijadualkan pada 2 Februari ini. Sissy berkata dia sudah hilang rasa teruja untuk berkongsi mengenai albumnya itu.

Sumber : Kosmo

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *