Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami keceder4an ringan pada tangan kanannya akibat kemal4ngan motosikal dialami di lokasi ketika menjalani sebuah penggambaran drama berjudul Bosskid.
Berdasarkan rakaman video dikongsi Noorkhiriah di Instagram, kejadian kemalang4n berlaku tidak diduganya ketika dia menunggang motosikal terbabit untuk menjayakan satu babak yang dilakonkan.
Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila Noorkhiriah berkemungkinan hilang kawalan terhadap motosikal terbabit yang bergerak laju lalu melangg4r sebuah kereta yang diparkir di tepi lorong jalan.
View this post on Instagram
Namun, menerusi perkongsian video di Instagram pelakon Datuk Fizz Fairuz pula menunjukkan Noorkhiriah berada di dalam keadaan stabil selepas kemalang4n itu dan keceder4an pada tangan kanan dialaminya juga sudah diraw4t.
“Keadaan dia stabil, tangan jer. Tapi ramai yang tanya, inilah keadaannya sekarang. Masih boleh makan. Telur tetap ada dengan kicap selalunya. Dalam keadaan dia sekarang ini, Alhamdulillah.
View this post on Instagram
“Masih lagi boleh makan. Tapi, dia t4kut laki (suami) dia tahu. Pengajaran buat dia,” kata Fizz dalam video itu disusuli dengan ketawa. Sementara itu, Noorkhiriah yang cuba dihubungi Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp, tidak membalas sebaliknya berkongsi satu hantaran di Instagram Story.
“Maaf pada yang mesej dan call, terima kasih. Cuma saya tak dapat balas..saya dah start rasa s4kit..nak tidur kejap yer.. Jaga diri semua.. moral of the stori..Jangan degil. Pada team #Bosskid akak minta maaf..korang baik sangat..Semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Korang,” tulisnya.
Sumber : Harian metro