“Saya Mohon Maaf, Fyna Enggan Beri Sebarang Ulasan Kerana…,” – Ins1den Di Kedai Mamak, Ini Respon Ayda Jebat

Penyanyi Ayda Jebat tidak mahu memberikan ulasan terperinci susulan insiden pertelingkahan yang berlaku melibatkan adiknya, Fyna Jebat pada awal pagi Isnin.

Ayda berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan pihak berkuasa.

“Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat p0lis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas,” katanya.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor Fyna didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan.

Ketua P0lis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan p0lis.

Kes disi4sat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (g4duh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Menghargai semua pihak yang mengambil berat, Ayda memohon agar orang ramai memahami situasi yang sedang dialami adiknya itu.

“Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon semua orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak,” katanya.

Ayda juga memohon doa agar perjalanan mereka di program Famili Duo dipermudahkan.

“Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan,” katanya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *