“Saya Berdiri Atas Kapasiti Kemampuan Saya, Begitu Juga Sissy,” – Naim Daniel

Penyanyi Naim Daniel mengulas komen tegas yang diberikan Mas Idayu susulan persembahannya bersama Sissy Imann menerusi lagu Jampi yang dibawa dalam genre keroncong di Famili Duo, malam tadi.

Naim berkata, dia menyifatkan apa yang berlaku sebagai resam di dalam sebuah pertandingan dan telah cuba memberikan yang terbaik.

“Apa yang jadi kami jadikan sebagai asam garam di dalam program realiti. Di samping itu kita juga ingin mengingatkan ia program kekeluargaan yang seharusnya menghiburkan, mencuit hati tak kisah daripada segi penjurian dan persembahan.

“Kita hanya mahu ia berjalan begitu. Apa-apa pun, ia bukanlah sesuatu untuk rasa stres. Saya di sini pun berdiri atas kapasiti kemampuan saya, begitu juga dengan Sissy.

“Malah dia sudah berikan yang terbaik dan saya tahu macam mana dia punya keprihatinan di dalam persembahan setiap minggu. Saya orang pertama yang dapat saksikan benda itu.

“Apa pun, bagi saya dia sudah lakukan yang terbaik. Dia betul-betul keluar daripada zon selesanya. Nyanyi genre yang tak pernah cuba dia buat. Jadi itu adalah satu langkah ber4ni. Saya sangat berbangga dengannya,” katanya.

Naim memberikan pandangannnya menerusi Instagram TV3 Malaysia, sejurus saingan minggu keenam program berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Terdahulu, Sissy dirakam sebak dan mengalirkan air mata sejurus menerima komen terbabit hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick.

Sissy menerusi Instagram menitipkan ucapam seterus memohon maaf terhadap apa yang berlaku.

Sumber : Media hiburan

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *