Fesyen pelik serba merah Doja Cat, netizen petik nama Aina Abdul

Baru-baru ini, penampilan selebriti terkemuka antarabangsa, Doja Cat mencuri perhatian ramai pihak sewaktu hadir ke Minggu Fesyen Paris 2023, semalam.

Doja Cat atau nama sebenarnya Amalaratna Zandile Dlamini hadir bersama busana serba merah yang dipenuhi 30,000 kristal Swarovski dari hujung kepala hingga ke kaki.

Difahamkan, penata rias pelatun lagu berjudul Woman itu mengambil masa lima jam bagi memastikan penyanyi berusia 28 tahun itu kelihatan cantik dan membawa aura luar biasa.

@ellefrance #dojacat #schiaparelli #hautecouture #tiktokfashion #pariscoutureweek #tiktokpeople #coutureweek ♬ Ella Mai – My Way – sabinahannan

Doja Cat turut memperagakan selendang berwarna merah selain memakai anting-anting batu Ruby berserta bot tinggi bagi menambah kecantikan semulajadinya.

@ehmalaysia Tidak mengecewakan! Penampilan yang menarik dan berani ini memakan masa 5 jam untuk bersiap. #ehmalaysia #dojacat #schiaparelli ♬ Woman – Doja Cat

Aina Abdul is watching…

Bagaimanapun, nama penyanyi tersohor Tanah Air iaitu Aina Abdul dipetik oleh netizen Malaysia sebaik sahaja melihat gaya fesyen yang dipakai oleh selebriti kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Mana tidaknya, umum sedia maklum Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani sentiasa tampil dengan fesyen luar biasa setiap kali hadir ke sebuah majlis mahupun ketika membuat persembahan di pentas nyanyian.

Peliknya fesyen, macam pulasan dan laici

Selain itu, ramai juga mengkritik penampilan Doja Cat yang dikatakan agak pelik kerana kelihatan seperti buah pulasan dan laici memandangkan ia berwarna merah dan mempunyai ‘biji-biji’.

Sumber: TikTok @ehmalaysia@ellefrance

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *