Sissy Imann minta maaf, s4kiti orang ramai dengan nyanyian yang tervk

Penyanyi Sissy Imann tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai kerana memberikan persembahan kurang memuaskan sewaktu beraksi di pentas Famili Duo minggu keenam bersama sepupunya, Naim Daniel.

Menerusi hantaran di laman Instagram, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil​, dia menyifatkan kegagalan memberikan persembahan terbaik membuatkan dirinya sedar dan akui tentang kelemahan diri sebagai seorang pemuzik.

“Muzik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada.
“Mungkin saya tak sedar hal itu atau masih belum cukup menyedarinya,”ujarnya.

Tak pernah terfikir nyanyian s4kitkan hati orang ramai

Tambahnya, dia sendiri tidak menyangka nyanyiannya selama ini telah membuatkan hati orang ramai terus dis4kiti. Oleh itu, Sissy sekali lagi membuat permohonan maaf kepada semua yang terasa hati dengan karya seninya.

“Saya tidak pernah terfikir diri ini untuk terus berkarya, tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya lakukan sejak berusia 5 tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.
“Saya akhirnya menyakiti hati orang ramai dengan nyanyian yang tervk. Saya minta maaf semua,”tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Awak dah lakukan yang terbaik!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata di kalangan rakan artis termasuk peminat memberikan kata-kata semangat buat pelatun lagu Jatuh supaya tidak patah semangat.

Mereka mengatakan Sissy telah pun memberikan persembahan yang terbaik selama ini.

Sekadar info, Sissy merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras.

Terdahulu, persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel menerima kritikan teruk daripada juri profesional sehingga mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen dengan sikap Mas Idayu.

Sumber: Instagram @sissyimann

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *