Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah berkongsi momen bahagia apabila disunting pilihan hati iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey pada satu majlis ringkas semalam.
Perkara tersebut dikongsikan mereka di media sosial apabila kedua-dua keluarga bertemu dan saling beramah mesra.
Bersyukur majlis berjalan lancar
Dalam pada itu, bakal suaminya turut memuat naik perkongsian ketika pertemuan tersebut dan menzahirkan rasa syukur diatas majlis sarung cincin yang berjalan dengan baik.
@elzey_anjoulielavocah #fyp Terima kasih #Allah #zarinaanjoulie ♬ Sholawat Al Busyro – Neng Nada Official
Ada keluarga baru
Menerusi kapsyen yang disertakan, Datuk Seri Khazrul Elzey meluahkan rasa bahagia apabila Anju akhirnya bakal menjadi sebahagian dalam kehidupannya tidak lama lagi.
Suka tengok diorang, berkep1t tapi anak tak tinggal
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar pasangan ini dipermudahkan urusan ke fasa seterusnya dan berbahagia hingga ke akhirnya.
Mereka juga memuji penampilan dan majlis yang dilangsungkan kerana begitu ‘simple’ serta penuh kekeluargaan tanpa perlu majlis yang gah.
Cantik bila bertudung
Suka tengok kesederhanaan majlis
Semoga menjadi insan yang saling menyempurnakan
Ikut adat betul, tak ada pelamin pun
Untuk rekod, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul pernah mendirikan rumah tangga dengan Pangiran Mohd Ilham Syazwan, pada 2015 namun bercerai setelah dikurniakan seorang anak lelaki, Martin Ezra Mikael.
Anju sekali lagi bernikah dengan Eliyas Azhar pada 20 Julai 2020 namun berpisah pada Mei 2021 walaupun usia perkahwinan tidak sampai setahun.
Sumber: TikTok elzey_anjoulie
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.