Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial terutama di aplikasi TikTok memaparkan pengantin lelaki dilihat segan untuk menyarungkan cincin ke jari manis isterinya selepas selamat diijabkabulkan.
Mungkin situasi seperti itu di acara pernikahan sering ditularkan, ramai netizen memberikan kata-kata negatif kepada pengantin kononnya ‘terpaling halal’ sehingga perlu diajar oleh tetamu yang berada di situ.
Hampir tiga minit untuk sarung cincin
Alahai pengantin nie malu2 plk… Alhamdulillah selesai sudah… First time jmpa yg mcm nie… Selamat pengantin baru Maisarah dgn Aidil Ashraf… Semoga kekal bahagia…
Bagaimanapun, seorang individu tampil menjelaskan sebab mengapa acara yang sepatutnya diraikan itu kelihatan seolah-olah serba tidak kena di mata segelintir netizen.
@mashitahmashitah1 Alhamdulillah… Dpt jodoh yg tepat utk ank nakan aq #Maisarah ♬ Kehilanganmu Berat Bagiku – ?????
Seorang pengguna laman Twitter, @nabilfikran10 menerima Direct Message (DM) daripada individu itu yang mendakwa pasangan pengantin iaitu Aidil Ashraf dan Maisarah merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Wallahualam
Tak baik mcm tu ?. Aku rasa pengantin perempuan mcm orang kelainan upaya je.
Mungkin dua dua OKU, so normal la kot dorg takut sebab berbeza dengan benda harian dorg. https://t.co/QTMkVHSb13
— ????? ??????’? (@nabilfikran10) January 19, 2023
Individu tersebut mendakwa, salah seorang rakannya berada dalam video berkenaan selain menjelaskan bahawa pengantin baharu itu adalah golongan istimewa.
“Salah seorang kawan saya ada dalam video tu. Memang betul pengantin perempuan OKU dan suaminya seperti kurang keupayaan macam tu.
“Tak tahu nak jelaskan dia macam mana. Tapi saya rasa sedih bila orang kec4m kedua-duanya,” tulis individu terbabit.
Namun begitu, pemilik sebenar video di TikTok, @mashitahmashitah1 tidak membuat sebarang pengesahan berhubung dakwaan itu sebaliknya membiarkan sahaja netizen meninggalkan pelbagai andaian sendiri.
Sumber: TikTok @mashitahmashitah1, Twitter @nabilfikran10
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.