Selamatkan nyawa 3 individu dalam tasik, lelaki dapat penghargaan APM Johor

Salah seorang lelaki yang menyelamatkan nyawa tiga orang yang hampir lem4s dalam tasik berdekatan Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat pada Selasa lalu mendapat penghargaan dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMJohor.

Menerusi sebuah posting dikongsi agensi tersebut di laman Facebook semalam, Muhammad Nur Salim antara individu terawal yang sanggup menggadai nyawa selepas Perodua Myvi dinaiki tiga orang itu terbab4s dan terjatvh ke dalam tasik.

Difahamkan, Pengarah APM Johor, Kamal Mokhtar dan beberapa pegawai menjejaki Muhammad Nur yang bertugas H0spital Pantai, Batu Pahat untuk menyampaikan sijil penghargaan.

‘The real hero’

“APM Johor tidak teragak-agak untuk memberikan penghargaan kepada beliau diatas tindakan yang ber4ni untuk menyelamatkan orang awam yang sedang dilanda musibah.
“Semoga dengan kejadian ini dapat memberi contoh kepada masyarakat untuk memberi pertolongan semasa kecem4san dan bencan4,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki Suzaini Mohd Sadali menjadi antara ‘hero’ yang nekad terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan ketiga-tiga mangsa sehingga tular di media sosial.

Suzaini (berbaju oren)

Berikutan itu, ada saksi tampil mendakwa Muhammad Nur juga perlu diberikan ‘kredit’ kerana bertungkus lumus menyelamatkan m4ngsa yang terkapai-kapai meminta pertolongan.

Saya ada di tempat kejadian – Saksi

Sementara itu, isteri Muhammad Nur iaitu Nur Liyana Roslan dilihat berusaha menjelaskan ‘kekeliruan’ yang berlaku dalam kalangan warganet namun katanya, apa yang penting adalah semua m4ngsa berjaya diselamatkan.

Tak kisah la, yang penting semua selamat

 

Sumber: Facebook APM JohorOtai JOHORBEST my & Nur Liyana Roslan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Memang Patut Bapak You M4ti” – Isteri Dedah Anak Zainal Abidin Ditanggung Bapanya, Jadi Biawak Hidup Sepanjang Kahwin

Isteri kepada pemain bola sepak Zaiza Zainal Abidin, Suzur Sofia mendedahkan bahawa anak kepada bekas jurulatih bola …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *