Baru-baru ini, kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendapat perhatian ramai setelah 10 orang pegvam pro bono yang mengendalikan kesnya telah menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.
Bainun menang1s di m4hkamah
Difahamkan, Siti Bainun telah men4ngis di kandang saks1 dan hak1m juga meminta agar dia mencari seorang sahaja pegu4m yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kes tersebut.
Tampil jelaskan hal sebenar
Susulan daripada itu, peguam-peguam Siti Bainun telah teruk dikecam netizen termasuklah peguam selebriti, Nur Hafidzah Hassan yang menarik diri saat akhir.
Namun begitu, menerusi Instagramnya, dia telah menjawab beberapa komen yang bertanya tentang mengapa dia ‘meninggalkan’ Siti Bainun bersama peguam-peguam yang lain.
Pertindihan tarikh punca tarik diri
Menurut Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.
Ujarnya, pertindihan tarikh menyebabkan mereka terpaksa menarik diri kerana beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal. Mereka juga sudah memaklumkan memang tidak berkelapangan pada Januari, Februari serta Mac dan telah memberitahunya sejak Disember lagi.
Hantar surat sejak Disember, bukan Isnin baru nak failkan
Tak ada pilihan, beberapa kes sudah ditetapkan dari awal
Kenyataan ringkas tapi padat yang dibuat oleh Hafidzah itu telah menjelaskan perihal pelbagai persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan m4hkamah.
Difahamkan, m4hkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.
Sumber: Instagram hafidzahhassan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.