Personaliti televisyen, Nazrudin Rahman tampil memberi pendapat berhubung isu ‘alpha male’ atau lelaki sejati yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet sejak beberapa hari ini.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, pengacara berusia 44 tahun itu berkata, individu yang memiliki personaliti seperti itu tidak ‘membanggakan’ diri berkongsi tentang tahap alpha mereka di media sosial.
Kepada ‘acah-acah’ alphas!
Kepada wannabe alphas,
Real alphas, don’t rant on tiktok about their alpha-ness.
Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities.
Do not confuse being alpha with kurang ajar.
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) January 17, 2023
“Kepada wannabe alphas, Real alphas, don’t rant on tiktok about their alpha-ness,” tulisnya petang semalam.
Malah, bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu berkata, lelaki sejati memahami dan mengetahui cara bagi mengawal sesuatu perkara selain meminta orang ramai dapat membezakan antara alpha dan kur4ng aj4r.
“Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities. Do not confuse being alpha with kur4ng aj4r,” katanya.
Terdahulu, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mengurat aktres berkenaan.
“Kalau korang jadi lelaki yang dominan, ‘alpha male’ atau lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik.
“Kalau anda di luar sana menjadi lelaki sejati, nak mengurat perempuan mudah sebenarnya,” katanya yang popular dipanggil Opai menerusi satu video tular di aplikasi TikTok.
@anynimoussss Lain mcm suami baru #fatinafeefa ni..haisss #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #trending #viral #fypdongggggggg ♬ original sound – nescafe_iCe
Pengakuan tersebut membuatkan segelintir golongan wanita berasa kurang senang dengan menganggap kata-kata Aliff itu agak menjengkelkan.
Gelinya!
gelinya husband fatin afeefa terpaling alpha ew ? f off really hahaha
— – (@tengkunurlissa) January 16, 2023
Terpaling alpha? Orang kenal pun sebab dia suami Fatin
Terpaling alpha male padahal orang kenal pun as suami fatin afeefa HAHAHA EIUWW
— ??? (@ainsymm) January 18, 2023
Sumber: Twitter @NazrudinRahman, @tengkunurlissa, @notzuzupls, @ainsymm
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.