Bermadu tak seindah disangka, Shikin Maembong kongsi cerita jadi isteri kedua

Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong menarik perhatian ramai di aplikasi TikTok apabila berkongsi pengalaman menjalani bahtera rumah tangga sebagai isteri kedua.

Menurut laporan Kosmo! Online, wanita berusia 40 tahun itu mengakui kehidupan bermadu tidak seindah disangka kerana banyak perkara perlu dilaluinya seorang diri tanpa suami di sisi.

Siapa suruh? Kan dah kena tinggal – Shikin

@shikin_maembong Sape suruh? Kan da kene tinggal ? #divorce #fyp #CapCut #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree ♬ suara asli – hierapsz.

Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa.
Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir. S4kit pun seorang diri drive (pandu) kereta pergi h0spital.
“Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu,” tulisnya dalam sebuah video dimuat naik baru-baru ini.

Shikin berkata, dia terpaksa mengalah dalam segelintir perkara meskipun isteri pertama menerima atau merestui perkahwinan tersebut.

“Walaupun madu (isteri pertama) terima, tetap kena mengalah kalau laki (suami) tak balik rumah. Solat tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri.
“Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cer4i juga,” luahnya lagi.

@shikin_maembong Baby aku ada type ? #swipe #akuadatype #morningvibes #coolmom ♬ SWIPE – ALYPH

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi berhubung perkongsian berkenaan termasuk mendoakan Shikin terus kuat menerima dugaan dalam kehidupannya.

Memang pilihan, saya cuma kongsi kisah

Dari jadi nombor 2, baik hidup ‘single’

Takpe sendiri lagi tenang

Kenapa dicer4ikan?

Moga tabah & lebih kuat

Untuk rekod, Shikin pernah berkahwin dengan anak kepada cef selebriti, Chef Wan iaitu Chef Riz pada 2014 namun berpisah dua tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seoang cahaya mata perempuan Putri Arianna Natasya yang kini berusia lapan tahun.

Dia kemudian bertemu jodoh dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya sekali gus memilih untuk menjadi isteri kedua.

Sumber: Kosmo! Online, TikTok Shikin Maembong

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *