Bab4k pan4s filem Pulau, kalau rasa tak suka jangan tengok – Amelia Henderson

Sama seperti Alif Satar, pelakon Amelia Henderson menjelaskan dia tidak terbabit dengan babak kontroversi dalam filem Pulau yang didakwa terdapat adegan kurang sesuai untuk ditonton.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Amelia Thripura Henderson itu bagaimanapun bercerita tentang watak dijayakan menerusi filem bergenre seram itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.

Apabila ditanya sekiranya dia mengetahui tentang babak panas itu, Amelia berkata dia hanya memberi fokus terhadap watak dan jalan cerita supaya dapat dilakonkan dengan sepenuh jiwa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

“Saya fokus pada watak dan jalan cerita watak saya saja.
“Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” ujar pelakon berusia 27 tahun itu.

Terdahulu, trailer filem arahan Euho itu mendapat bantahan ramai netizen di media sosial sehingga menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula sebelum ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Selain Alif dan Amelia, ia turut menampilkan pelakon Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Pui Yi dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Enggan Berd4mai, Nekad Mahu Bercer4i

Sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *