Keluarga Puteri Sarah tak ‘lantang bersuara’ sebab faktor kerjaya profesional

Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Selain Puteri Sarah dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor itu juga turut ada membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang diuji.

Ibu bapa ada kerjaya profesional

Namun, ramai tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.

Menerusi laporan dari Kosmo! Puteri Sarah memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.
Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.

Adik-beradik kerja hebat

Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cer4i.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material. 
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya.

Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu.

Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.

Sumber: Kosmo! (Nur Emirza Saizali)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *