Baru-baru ini, kenderaan merah jambu dinaiki selebriti popular Fazura mencuri tumpuan ramai ketika menghadiri acara Nona Superwoman Award 2022 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, @fazura.klstokis memuat naik sebuah video memaparkan selebriti berusia 39 tahun itu menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasminya ke acara tersebut.
Cuba teka Fazura naik kereta apa?
@fazura.klstokis Pink for Fazura ?? Cer teka kereta ape tu faz naik? ?? #fazura #fattzura #missfazura #fazuraofficial ♬ Pink Venom – BLACKPINK
Sebelum itu, Fazura ada berkongsi satu hantaran di laman Instagram meluahkan rasa syukur dan penghargaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nona Hijab Business Award.
Hantaran tersebut juga diselitkan sekeping gambar kereta Proton Perdana miliknya sekali gus turut menarik perhatian pengikut seperti di TikTok.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen di TikTok, rata-rata memuji sikap Fazura yang merendah diri kerana masih menggunakan kereta nasional meskipun dia lebih berkemampuan bagi memiliki lebih mewah daripada itu.
Naik Proton pun nampak mahal
Cantik warna merah jambu
Rendah diri betul dia
Fazura memang suka Perdana
Sebelum kahwin dia ada kereta ni
Apapun, tahniah diucapkan kepada Fazura atas pencapaian dalam anugerah berkenaan. Berjaya tanpa sebarang kontroversi, baru la peminat sayang!
View this post on Instagram
Sumber: TikTok @fazura.klstokis & Instagram Fazura
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.