Lant4ng mengkirit1k tindakan anaknya selepas mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail turut dikec4m oleh netizen.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah mempertahankan ibu mentuanya itu serta memahami perasaan Datin Patimah. Ujarnya lagi, mereka di luar sana tidak tahu apa yang terjadi dan ada sebab mengatakan ibu mentuanya bertindak sedemikian.
“Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku. Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kec4man dan hentam4n tervk daripada orang ramai.
“Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berharap netizen tidak sewenangnya mengec4m tindakan ibu mentuanya dalam menegur anaknya itu.
“Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamvk) atau ‘meroy4n’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.
“Jadi sebelum anda kec4m, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di M4hkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cer4i). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini,” katanya.
Sumber : Harian Metro