Pelakon, Puteri Sarah Liyana telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi menfailkan permohonan cerai terhadap pengarah tersohor, Syamsul Yusof.
Dia yang ditemani adik beradiknya dilihat hadir dengan berpakaian serba hitam sambil membawa beberapa dokumen untuk diserahkan kepada pihak m4hkamah.
Hadir bersama adik-beradik
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Mstar, Sarah mengatakan yang dia berada dalam keadaan bersedia dan bersemangat untuk memulakan perjuangannya demi keadilan.
Menurut pelakon itu lagi, dia dan peguamnya akan memberikan kenyataan sejurus selepas urusannya di dalam m4hkamah selesai.
Dia yang kelihatan ceria namun terlihat sembab kerana kurang tidur segera masuk ke dalam m4hkamah syariah selepas menyapa media yang menanti kehadirannya untuk menfailkan pencer4ian.
Bersedia untuk memulakan langkah
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana telah meminta agar Syamsul Yusof melepaskannya menerusi muat naik di Instagram kerana pengarah tersebut sudah lama menyekatnya di media sosial serta aplikasi WhatsApp.
View this post on Instagram
Dia yang tidak rela dimadukan meminta agar Syamsul melepaskannya supaya dia dapat bebas dari terus menanggung derita selepas suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan lain dan kini susahpun bernikah dengan individu tersebut.
Semoga urusan Sarah dipermudah.
Berita lanjut menyusul
Sumber: Facebook Mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.