Nampaknya, pelakon, Puteri Sarah Liyana sudah nekad untuk berpis4h dengan suaminya, Syamsul Yusof apabila hadir ke M4hkamah Syariah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur pagi ini bagi menfailkan permohonan pencer4ian.
Tiada second chance!
Menerusi laporan dari harian Metro, Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memaklumkan yang tiada lagi peluang kedua diberikan kepada Syamsul dan keputusannya adalah muktamat.
Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.
“Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.
View this post on Instagram
Sudah bersedia & bersemangat
Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu hadir dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat.
Dalam temu bual ringkas sebelum dia masuk ke dalam mahkamah, Sarah mengatakan yang dia sangat bersedia dan bersemangat lebih-lebih lagi ditemani adik-beradiknya yang lain termasuklah peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang menanti di dalam m4hkamah.
“Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Puteri Sarah nekad menfailkan penceraian selepas krisis rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun yang lalu tidak menemui jalan penyelesaian. Ia ditambah dengan pengakuan Syamsul yang sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.