Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cer4i terhadap suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Memetik mStar Online, Sarah memaklumkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 7 Mac depan sebagai hari sebutan. Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
“Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan m4hkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.
“Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah menegaskan dia bukan anti poligami namun dia menuntut cer4i kerana kecewa dit1pu oleh suami. Malah, segala usaha untuk perbaiki hubungan mereka tidak berhasil.
“Sebenarnya poligami itu indah jika suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya dit1pu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri.
“Apa yang saya boleh katakan, Alhamdilillah saya sudah menjalankan taggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, saya jumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan,” katanya.
Sumber : Mstar online