Nama pendakwah terkenal, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum sedia maklumkan dengan kelantangannya menentang kehadiran artis-artis luar negara hadir ke Malaysia bagi melangsungkan konsert.
Bukan itu sahaja, dia juga lantang menyuarakan pandangan dan memberi krit1kan apabila ia melibatkan hal keagamaan.
PU Syed gesa sekat filem Pulau
Terbaharu, PU Syed sekali lantang bersuara dengan memohon pihak berwajib menyekat tayangan sebuah filem berjudul Pulau yang dijadual bakal ditayangkan pada Mac nanti.
Menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, PU Syed menjelaskan filem berkenaan mengandungi banyak adengan yang kurang sesuai dipertonton kepada khalayak ramai.
“Dikatakan filem ini ada adegan-adegan tidak elok dipertontonkan dan gaya pemakaian mencol0k mata kemudian diterbitkan di Malaysia.
“Saya minta pihak berkuasa seperti FINAS, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan mana-mana pihak menepis filem ini daripada ditayangkan. Tolong tapis,”ujarnya.
Mohon pihak berwajib dan yg berkaitan agar meniliti filem ini kerana banyak adegan dan gaya pemakaian yg sgt teruk!! Jika terlalu melampau, sekat dari ditayangkan!
Tolong batalkan kalau tak datangkan manfaat kepada umat Islam
Tambahnya, adalah lebih baik jika filem berkenaan dibatalkan tayangan sekiranya ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada masyarakat terutama umat Islam memandangkan ia ditayangkan pada bulan Ramadan.
“Sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat terutama umat Islam, tolong batalkan tayangannya pada bulan Mac. Lagi-lagi dekat nak bulan Ramadan,”pintanya.
Dalam pada itu, PU Syed mengatakan sudah tiba masanya pihak berkuasa tidak memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pihak penerbit menayangkan karya yang tidak mendatangkan manfaat kepada orang ramai.
Trailer penuh:
Sumber: TikTok
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.