Selebriti media sosial, Khairul Aming tidak berpuas hati mengenai perkhidmatan kurier yang digunakan apabila terdapat aduan botol sambalnya pec4h selepas selamat tiba di tangan pelanggan.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, selebriti masakan berusia 31 tahun itu berkata, pihaknya sudah membalut bungkusan produk mereka sebaik mungkin tetapi hairan tetap berlaku kecuaian.
aku stress betul lah jnt ni. rasa dah balut parcel bukan main tebal macam bantal dah. one by one parcel pecah pic.twitter.com/yhdXLYUfMx
— Khairulaming (@khairulaming) January 13, 2023
“Aku stres betullah. Rasa dah balut bungkusan bukan main tebal macam bantal dah. Satu persatu pec4h. Nak kena balut dengan Toto Narita agaknya,” tulisnya malam tadi.
Ciapan tersebut turut disertakan dua keping gambar memperlihatkan botol produk sambal Nyet yang diusahakan telah pecah sehingga seluruh bungkusan turut mempunyai kesan kekotoran.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama selain menasihati Khairul Aming supaya menggunakan perkhidmatan kurier yang berbeza.
Selain itu, ada juga segelintir meluahkan rasa terhibur tentang gurauan ‘Toto Narita’ oleh selebriti berkenaan dengan berseloroh mengatakan jualan tilam lembut itu pasti ‘mencanak’ naik.
Kalau toto.. beli sambal dapat 2 kegunaan
Mungkin kena ‘upgrade’ reka bentuk botol
Main campak-campak bungkusan?
Dua kali dapat yang pecah…
Buat la botol macam tin sardin
Selain 1.7 juta tontonan dalam kalangan pengguna Twitter, ciapan tersebut diulang kicau lebih 5,000 dan menerima 12,800 tanda suka setakat ini.
Sumber: Twitter Khairul Aming
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.