Dah beli cincin kahwin, Anju bawa bakal suami jumpa keluarga sebelah bapa

Pelakon, Zarina Anjoulie sememangnya sedang berada di fasa bahagia apabila sedang sibuk membuat persiapan bergelar isteri semula dengan pasangannya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Sibuk beli cincin kahwin

Dia dan bakal suami sememangnya tidak lokek berkongsi kemesraan di media sosial dan sedang teruja membeli barang keperluan untuk majlisnya nanti termasuklah cincin.

Dalam perkongsian mereka di TikTok, bapa kepada AnjuMohd. Fahizul dan isteri turut bersama-sama membantu pasangan tersebut menguruskan persiapan mereka.

@zarinaanjoulie_elzey thank u bakal suami ku @*elzeyanjoulie* ♬ original sound – Zarina anjoulie

Nampak masing2 bahagia

Bakal suaminya juga dilihat akrab dengan bapa Anju dan masing-masing nampak ceria sewaktu memilih cincin untuk majlis mereka nanti.

@abot_anjoulie #fyp #zarinaanjoulie ♬ Jaga Slalu Hatimu – Seventeen

Ziarah keluarga sebelah bapa

Dalam pada itu, Datuk Seri Khazrul Elzey atau dipanggil Abot oleh Anju turut berkongsi momen sewaktu menziarahi keluarga bapa bakal isterinya iaitu Mohd Fahizul.

Ternyata, ada diantara ahli keluarganya berdarah Diraja dan mempunyai gelaran istana seperti yang dikongsikan Abot lewat akaun TikToknya.

Mungkin ramai yang tak tahu

Perkara tersebut mungkin ramai yang tidak tahu memandangkan Anju memang terkenal dengan sikapnya yang low profile walaupun bergelar selebriti.

Dalam perkongsian yang dibuat Abot memuat naik pesanan-pesanan yang diterima daripada nenek dan keluarga Anju sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

“Keluarga sebelah bapa anju terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda (grandma) Anju Y.M Tunku Dato Faridah Ibni Sultan Ibrahim.
“Terima kasih Mak Engku (Ninda) nasihat Mak Engku kepada anakanda “kalau anju mar4h anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan g4duh kena bersabar”
“InshaAllah Ninda, anakanda akan menjaga Anju cucu ninda dengan baik. Terima kasih kepada TengkuCik dan Nik Fazirudean and Nik Faris.
“Tqvm to wish me welcome in your family’s Zarina Anjoulie,  I love you all till Jannah,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, ahli perniagaan tersebut telah menutup ruangan komen dan hanya berkongsi gambar-gambar sewaktu pertemuan tersebut.

Untuk rekod, Zarina Anjoulie merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang cahaya mata dikenali sebagai Martin Ezra Mikael, manakala bakal suaminya pula berstatus duda dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Julia Sharapova.

Sumber: TikTok @abot_anjoulie

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *