Tergempar! Ramai terkejut, Ira Kazar berlakon bersama Ain Edruce

Nama anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai. Mana tidaknya, ramai mula mengenali individu berkenaan selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Selain dikenali sebagai ‘penyondol’ dan anak pelakon senior, wanita berusia 28 tahun itu juga seorang pempengaruh media sosial.

Pun begitu, ramai tidak sedar pemilik nama Faghirah Fatini Binti Kazaruddin juga terlibat dalam dunia lakonan.

Ira berlakon bersama Ain Edruce dan Ammar Titan

Bagai tidak percaya, Ira yang juga isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof sebenarnya terlibat sama dalam menjayakan sebuah drama berjudul Perang Dingin yang dilakonkan oleh Ain Edruce dan Ammar Titan.

Menerusi beberapa hantaran dikongsikan di laman TikTok, memaparkan kelibat Ira dalam beberapa babak lakonan bersama Ain Edruce dan Ammar Titan.

“Tiba-tiba tengah tengok drama ni (Perang Dingin), eh eh Ira Kazar,”tulis pengguna TikTok.

@busrahamani Tiba2 tgh tgok drama ni … Eh..ehh…ira kazar ??? #irakazar ♬ Better When I’m Dancin’ – Meghan Trainor

Eh, makan semeja dengan Kazar lah!

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat muncul dalam babak makan bersama keluarga berkenaan selain kehadiran bapa kandungnya sendiri iaitu Kazar Saisi yang turut ada di situ.

@busrahamani Tadi rasa bosan nak tgok drama…duk taip la drama melayu kt yt. Tiba2 ada #irakazar …sekali layan jela telemovie ni. Hilang mengantuk sbb kelakar???. Boleh taip kt yt telemovie : Perang Dingin #perangdingin #irakazar #ainedruce ♬ Escapism. – Super Sped Up – RAYE

Biar betul Ira Kazar?

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melihat hantaran berkenaan selain tidak sangka Ira juga pernah berlakon. Malah, siap berkepit dengan Ain Edruce dalam drama berkenaan.

Selain itu, ada juga mengatakan baru pertama kali mendengar suara Ira Kazar dan melihat tubuhnya yang genit sahaja.

Macam sifu dia je..

Tidak kurang juga mereka menyamakan gaya percakapan madu kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana seperti aktress Izreen Azminda yang sebelum ini kecoh sebagai perampas kebahagiaan rumah tangga seseorang.

Selain Ain Edruce, Ammar Titan, Kazar Saisi, telemovie Perang Dingin turut dibarisan pelakon hebat seperti Haeriyanto Hassan, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin.

Apa-apa pun, adalah tidak pelik sekiranya dia terlibat dalam industri seni memandangkan bapanya seorang pelakon berkaliber.

Sumber: TikTok @busrahamani

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *