Sebulan Penggambaran, Alif Satar Bawa Isteri & Anak-Anak Menetap Di Langkawi

Pelakon Alif Satar mengambil keputusan untuk membawa isteri serta anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan kerana tidak mahu berjauhan ketika menjayakan penggambaran filem Pulau.

Memetik mStar Online, Alif berkata dia membuat keputusan untuk membawa keluarga bersama selepas dimaklumkan lokasi penggambaran diadakan di pulau peranginan berkenaan.

“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita ser4m tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid)

“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.

Selain Alif, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon antaranya Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac nanti.

“Sekarang rasanya baru 50 peratus persiapan yang siap. Tekanan ada sebab kami nak berikan yang terbaik buat peminat dan ini adalah kali pertama Alif berada di atas pentas sebagai sebuah kumpulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Kami ada hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong Alif dengan karya dan perniagaannya lagi. Jadi saya nak bagi yang terbaik buat semua peminat,” ujarnya.

Sumber : Mstar online

About admin

Check Also

Puteri Sarah Enggan Berd4mai, Nekad Mahu Bercer4i

Sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *