Pemuda tawar diri jadi suami Puteri Sarah, tak sanggup lihat ‘bidadari’ sed1h

Tindakan seorang pemuda kononnya menawarkan diri untuk berkahwin pelakon, Puteri Sarah Liyana mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Ia susulan pelakon tersebut nekad bagi menuntut penceraian daripada suaminya, Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu selamat menikahi seorang wanita bernama Ira Kazar.

Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”.

@arifizo

Boleh ke? ?

♬ original sound – Arif Izo

Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video.

“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.

Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.

@arifizo

Where’s my chenta ?

♬ original sound – Arif Izo

Pada masa sama, segelintir individu sempat memuji ketampanan pemuda itu sekali gus dibandingkan dengan wajah Syamsul.

Aduhh ni lagi kacak!

Ramai yang menunggu Puteri Sarah

Sesuai.. moga gurauan jadi kenyataan?

Jodoh tiada siapa tahu

Kami ‘luluskan’!

Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat bagi menjadi isteri ketiga Syamsul sehingga turut mendapat pelbagai reaksi warganet.

@mexxrenn_

Setuju tak kalau saya sondol syamsul dari Ira kazar?

♬ original sound – Barbie ??

“Setuju tak kalau saya ‘sond0l’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap Ira Kazar. Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya.

Sumber: TikTok @arifizo & @mexxrenn_

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *