Nampak berseri, netizen spekulasi Juliana Evans hamil anak kedua?

Penampilan pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans pada malam anugerah Nona Superwoman Award 2022 baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan agak berisi.

Ia sekali gus menyebabkan segelintir warganet membuat dakwaan bahawa pelakon berusia 33 tahun itu sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Juliana menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengiktirafnya bagi kategori ‘Anugerah Kecantikan Nona’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)

“Terima kasih @majalahnona atas anugerah berprestij ini. Syukur alhamdulillah, saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada wanita bekerjaya yang berdikari di luar sana terutama golongan ibu.
“Anda cantik dengan cara tersendiri,” tulis pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sekiranya pelakon drama Dukun Diva itu sedang berbadan dua kerana kelihatan seperti ‘baby bump‘ pada bahagian perutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)

Selain meninggalkan ucapan tahniah, segelintir individu turut memuji kejelitaan Juliana yang mengenakan busana gaun berwarna kuning hasil rekaan By Farad.

Hamil ke? Nampak berseri

Rasanya macam hamil tu

Tahniah! Cantiknya Che Puan

Bagaimanapun, setakat ini Juliana tiada membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan orang ramai mengatakan dirinya hamil zuriat kedua.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Juliana Evans

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *