Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini, susulan konflik rumah tangga yang dihadapi.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, ia dilakukan atas persetujuan ahli keluarga.
“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan percer4ian segera. Saya akan ke M4hkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.
“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.
“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpis4h dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.
“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya, lapor BH Online.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.
“Sebelum ini, saya tidak pernah menyor0k apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga. Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya lagi.
Terdahulu pada Khamis, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon itu akan memfailkan percer4ian di m4hkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sumber : Bh