Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil menyangkal spekulasi mengatakan suaminya, Aliff Aziz bermain kayu tiga dengan wanita lain dibelakangnya.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengatakan dia dan suami sudah hilang sabar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah portal memutarbelitkan situasi sebenar.
Kenyataan itu telah membuatkan ramai pihak salah faham dengan mengatakan rumah tangga mereka kini sedang bergolak kerana Aliff kembali berlaku cur4ng.
View this post on Instagram
Tegas Bella, Aliff Aziz tidak cur4ng, sebaliknya tajuk berita yang ditulis oleh sesetengah portal adalah tidak benar.
“Lama kami berdiam diri. Tetapi hari ini terpanggil untuk buat satu hantaran berkenaan headline (tajuk berita) dan artikel yang disebarkan dalam media sosial (Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube) oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan,”katanya.
Katanya lagi, mereka ini mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting baharu.
“Penulis blog mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah saya ada memberi kenyataan yang baharu. Inilah yang dikatakan fitn4h,” luahnya.
Makin diam diri, makin menjadi-jadi
Aktres berusia 29 tahun itu meluahkan kekecewaan apabila ada pihak sanggup menabur fitnah apabila dia mengambil pendekatan berdiam diri selama ini.
Tetapi, kali ini dia tidak boleh berdiam diri, sebaliknya tampil memperjelaskan hal sebenar bagi mengelakkan keadaan semakin sulit dan disalaherti.
“Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi-jadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan sam4n tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.
“Bila kami selalu muat naik gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak kongsi, orang cakap kami berg4duh. Kerana dengan segala fitn4h yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Bella juga berharap agar semua pihak berhenti menyebarkan fitn4h dan memberi ruang kepada mereka untuk bertenang serta fokus mencari rezeki.
“Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran cerita yang tidak berasas ini,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bernikah tahun 2016 dan dikurniakan Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram @bellaastillah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.