Pelakon Fatin Afeefa terus mencvri tumpuan ramai di media sosial selepas mendirikan rumah tangga dengan jutawan pelaburan, Aliff Awang.
Terbaru, menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi dimana suaminya sanggup berbelanja lebih RM2,000 untuk membeli pelbagai barang mekapnya.
View this post on Instagram
Menerusi muat naik video di aplikasi TikTok, Fatin seolah-olah berpesan kepada golongan isteri supaya ‘meng1kis’ duit suami sebelum terdapat individu lain ber4ni ‘mencar4snya’.
“Kalau bukan korang yang kik1s semua ini, siapa lagi yang akan kik1s. Jadi, buat para isteri di luar sana, kik1slah suami anda sebelum orang lain kik1s,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Cindai itu selain menyifatkan dia bertuah mempunyai suami yang tidak berkira.
View this post on Instagram
Terdahulu, Fatin mengakui sudah ‘muak’ apabila melihat videonya kerap muncul ‘FYP’ (For Your Page) atau tular dalam aplikasi TikTok selepas berkahwin.
Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
View this post on Instagram
Sebelum itu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercer4i pada 30 Mei 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia selain Fatin juga memiliki seorang anak lelaki Adam Aisy Arrian.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita) , Instagram Fatin Afeefa
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.