Ibu kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan iaitu Che Ani meningg4l dunia ketika tidur di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira jam 6.20 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menerusi sebuah posting di laman Instagram sebenar tadi.
View this post on Instagram
“Dengan penuh kesedihan, ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya di H0spital Gleneagle pada jam 6.20 pagi tadi.
“Semoga rohnya tenang, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” tulisnya.
Chef Wan memaklumkan, jen4zah ibunya akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi, Cyber 10, Cyberjaya.
View this post on Instagram
“Al Fatihah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian untuk ibu saya. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Terdahulu, beliau yang kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin meros0t akibat peny4kit k4nser.
Allahy4rham yang berusia 93 tahun itu turut menghidapi beberapa peny4kit termasuk Alzheimer dan dimentia.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Chef Wan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.