Persis Angelina Jolie, kecantikan Puteri Sarah raih perhatian ramai

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

Namun begitu, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi perhatian ramai disebabkan kecantikan yang dimilikinya dan dikatakan persis seperti pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie.

Dalam perkongsian terbut, Puteri Sarah telah memuat naik beberapa gambar bersama dengan pelakon lain yang dipercayai membintangi drama terbaharu yang bertajuk Andai Itu Takdirnya.

Cantiknya, macam Angelina Jolie!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan aura kecantikan yang dimiliki oleh Puteri Sarah meskipun dia sudah berusia 37 tahun.

Semoga Sarah terus diberikan kekuatan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Puteri Sarah terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi duaan yang dialaminya pada ketika ini dan berharap segala urusannya dipermudahkan demi kebahagiaan.

Sebelum ini, Pelakon Puteri Sarah dijangka akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Difahamkan permohonan cer4i tersebut dilakukan pada hari ini namun, disebabkan Puteri Sarah mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara tersebut ditangguhkan ke Isnin depan.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *