Pelakon Azhar Sulaiman berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya Kasih Leia Ixora mengalami pengs4n di kawasan parkir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Azhar seperti meluahkan kebimbangan dengan keadaan anaknya yang dipanggil Kasih itu kerana dipercayai menghidap peny4kit hipertir0id.
Kasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww
“Kasih pitam kat ruangan parkir PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya… kalau tak mesti dorang suspek saya cuba cul1k Kasih papah bawak masuk kereta,” tulisnya semalam.
Beberapa hari sebelum itu, gadis berusia 21 tahun itu ada memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan dia baru selesai melakukan rawatan di bilik wad pusat perubatan berkenaan.
mass ?
Video berdurasi hampir 30 saat itu memaparkan Kasih meluahkan rasa penghargaan kepada beberapa petugas PPUM yang merawatnya dengan penuh dedikasi.
“Ini lah puteri-puteri bidadariku (petugas) dekat wad prosedur khas. Beribu bintang untuk ini (rawatan). Terima kasih bossku,” katanya yang dilihat kurang fasih berbahasa Melayu.
Meninjau di ruangan komen, ramai mempersoalkan keadaan fizikal gadis berkenaan yang kurus dan kurang bermaya selain berkongsi pengalaman masing-masing dalam berdepan masalah hipertir0id.
Malah, segelintir individu turut menitipkan doa berharap Kasih diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Tiroid ni kelenjar utama pada leher
Semoga cepat sihat!
Berisi; hipo / kurus; hiper
Saya pun alami peny4kit tu
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman & Kasih Leia Ixora
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.