Umum sedia maklum, pelakon dan pelawak Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera sedang menunaikan ibadah umrah bersama-sama di Kota Suci Mekah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sera di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa momen bersama suaminya itu ketika berada di sana.
@rossa.sera Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah? #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – tpxd_8g
Shuk pelvk bahu Sera
Apa yang menarik perhatian netizen adalah kemesraan yang terjalin oleh pasangan tersebut telah berjaya mencetuskan pelbagai reaksi warganet di media sosial.
Mana tidaknya, dalam video tersebut kelihatan Shuk sedang memelvk bahu isterinya telah membuatkan ramai tumpang bahagia akan hubungan mereka sudah bertambah baik berbanding sebelum ini.
Netizen doa yang terbaik untuk Shuk dan Sera
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Shuk dan Sera agar hubungan mereka sebagai suami isteri akan kembali pulih seperti selalu dan bahagia bersama dengan anak-anak.
Sumber: TikTok @rossa.sera
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.